1. Sarapan Pagi
Jangan lupa sentiasa amalkan pengambilan sarapan pagi walaupun korang hanya bersarapan dengan biskut dan segelas air susu atau milo. Elakkan minuman berkafein di pagi hari ye. Tak elok untuk perut. Sarapan pagi ni bagus bagi meningkatkan kadar metabolism dalam badan supaya badan ada tenaga untuk proses pembakaran lemak dalam tubuh badan.
2. Air Masak/Mineral/Kosong
Sila minum dengan banyak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Air minum kosong ni dapat meneutralkan dan menyahkan kandungan sisa toksik yang terdapat dalam badan kita. Bila sisa toksik dah dikeluarkan akan memudahkan lagi proses turun berat badan secara cepat tapi sihat.
3. Losyen Pati Halia
Pakai krim losyen pati halia setiap kali selepas mandi di kawasan yang berlemak seperti bawah paha, lengan, perut dan punggung. Krim ni ada macam-macam jenis sekarang di pasaran. Korang boleh cuba jenama mana yang korang suka. Krim ni juga membantu proses pembakaran lemak dengan lebih cepat.
4. Makan Malam
Makan malam sebelum pukul 8 malam. Selepas pukul 8 malam elakkan mengambil sebarang makanan termasuklah makanan ringan. Kalau lapar sangat minum air kosong je lepas tue terus masuk tidur. Untuk makan malam, minum air panas yang dicampur dengan serbuk milo bersama oatmeal atau cereal sahaja tanpa dimasukkan gula atau susu krimer bagi menggantikan makanan berat yang lain.
5. Nasi
Korang boleh makan nasi seperti biasa pada waktu tengahari tapi elakkan ambil dalam kuantiti terlalu banyak. Kalau boleh cuba makan pada waktu yang sama setiap hari. Biasanya kalau dah sarapan milo dengan cereal, hanya makan biskut tengahari dan hanya makan nasi untuk makan malam sahaja.
6. Cara Pemakanan
Kunyah makanan lebih kerap untuk memudahkan proses penghadaman makanan.
7. Minuman Bersusu
Elakkan minum minuman bersusu krimer pekat mahupun cair. Sebab minuman bersusu krimer ni pun salah satu faktor besar menaikkan berat badan.
8. Ais
Elakkan minum minuman berais. Korang cuba la sabar sikit kalau nak berpantang untuk kurus ni sebabnya minuman berais ni boleh menyebabkan buncit dan juga tak elok untuk urat dalam badan.
9. Korset
Satu lagi tips pakai korset jenis seluar. Ada pelbagai jenis yang dijual seperti jenama beautiful premium atau mrs kelly. Tapi yang ni kena tengok bajet untuk beli sebab harganya agak mahal. Tapi memang menjadi sebab ia macam berfungsi untuk kemaskan perut kita dan secara tak langsung mengurangkan rasa lapar atau keinginan nak makan secara kerap.
2 comments:
heee. tq :)
suka2. tqvm
ur welcome :)
Post a Comment